Kamis, 08 Maret 2012

Cakra Dan Aura

1. WARNA AURA DAN PERSONALITI

Ramai pengamal rawatan aura telah membahagikan manusia berdasarkan warna pada aura mereka. Contohnya, warna aura yang biru bermaksud seorang manusia yang mempunyai kuasa kerohanian yang tinggi, boleh dipercayai, amanah dan lain-lain lagi. Aura yang berwarna oren atau jingga bermaksud seseorang itu manusia yang beremosi. Pendapat ini tidak tepat dari satu sudut dan agak boleh dipercayai dalam satu sudut yang lain. Aura adalah terlalu kompleks dan sentiasa berubah-ubah, ia tidak boleh ditanggapi secara mudah berdasarkan pada warna aura itu semata-mata.

Aura akan bertindakbalas kepada warna pakaian kita dan juga warna pada persekitaran di sekeliling kita, contohnya warna pada tembok atau dinding. Ini menerangkan kenapa seseorang itu terlalu memilih warna kesukaannya. Contohnya, jika kita menyukai warna merah jambu atau merah terang, ini menunjukkan kita mempunyai pusat jantung yang cukup aktif yang menolak banyak unsur-unsur berwarna hijau. Merah terang atau merah muda akan menolak apa sahaja unsur berwarna hijau yang menyeimbangkan aura tersebut.

Warna boleh menjadi membina atau pun boleh memusnahkan. Ia boleh merangsang, memperbaiki atau menarik perhatian. Ia boleh menjadi lelaki atau wanita. Ia boleh menjadi negatif atau positif. Warna aura juga menyediakan kunci kepada personaliti, mood, kematangan dan kesihatan individu tertentu. Ia juga pantulan/biasan kepada aspek rohani dan jasmani.

Adalah satu tugas yang besar untuk kita mempraktikkan bagaimana untuk mentafsirkan warna-warna aura. Tiap-tiap warna tersebut mempunyai perwatakan tersendiri, tetapi perubahan warna aura akan mengubah perwatakan tersebut. Kedudukan warna, keamatan warna serta kedudukan warna pada medan aura perlu dipertimbangkan.

Warna Merah adalah warna bagi tenaga.

Warna Oren adalah satu warna yang melambangkan hangat, kreatif dan emosi.

Warna Kuning adalah satu daripada warna aura yang mula-mula dan paling mudah untuk dilihat. Warna kuning pucat yang mengelilingi garis rambut menunjukkan optimis. Kuning adalah warna aktiviti mental. Ia mempengaruhi peluang pembelajaran yang baru, kepintaran, cerdik dan intelek. Warna kuning adalah warna yang mempengaruhi kekuatan idea dan kebangkitan kebolehan fizik. Semakin dalam dan gelap warna kuning itu, ia akan mempengaruhi sifat yang agak kritikal dan bersifat dogma.

Warna Hijau adalah satu warna yang melambangkan sensitif dan cita-cita yang tinggi. Ia mempengaruhi tumbesaran, simpati dan ketenangan. Ia berkaitan dengan individu yang boleh dipercayai, berdikari dan minda yang terbuka. Warna hijau muda menunjukkan kebolehan penyembuhan. Ia adalah warna kekuatan dan persahabatan. Makin gelap warna hijau, mempengaruhi kepada kegopohan, cemburu dan ketidakpercayaan.

Warna Biru adalah warna yang mudah untuk dilihat dalam banyak-banyak warna aura.

Warna Ungu Violet adalah warna yang mewakili kehangatan. Ia adalah warna yang mempemgaruhi hati dan minda, iaitu gabungan fizikal dan spiritual. Ia mempengaruhi semangat berdikari dan intuisi. Warna keungu-unguan yang semakin tebal menunjukkan kebolehan untuk menghadapi hubungan dengan secara praktikal. Warna yang pucat mempengaruhi kemanusiaan dan hubungan kerohanian. Warna ungu kemerah-merahan menunjukkan keinginan dan cita-cita yang tinggi. Semakin keruh warna ungu tersebut, maka ia menunjukkan kekuatan dalam menghadapi sesuatu. Ia juga menunjukkan imaginasi erotik yang tebal. Ia juga mempunyai kebolehan untuk menarik simpati dan juga seorang yang tidak dapat memahami orang lain.

Merah jambu adalah warna kasih sayang dan warna kesucian. Ia mempengaruhi keceriaan dan semangat setiakawan. Bila melihat dalam aura, ia menunjukkan kesunyian, kasih sayang dan kecantikan. Warna merah jambu menunjukkan seseorang itu tidak matang, terutama warna merah jambu yang agak keruh. Ia juga menunjukkan seorang yang amat amanah, juga seorang yang mempunyai rasa kasih sayang dan juga seorang yang berwawasan.

Warna Emas adalah warna yang menunjukkan tenaga rohani yang cukup dinamik dan seorang yang mempunyai satu kekuatan. Warna emas yang keruh menunjukkan seseorang itu dalam proses membangkitkan inspirasi yang tinggi. Ia juga mempengaruhi proses kimia yang masih lagi aktif, bermakna individu tersebut masih cuba berusaha untuk menukar hidupnya kepada kehidupan yang lebih sempurna.

Warna Putih selalu dijumpai dalam warna aura. Putih mempunyai semua warna di dalamnya. Ia menunjukkan...? Hubungi En. Hanafi.

Warna Kelabu adalah warna kemasukan. Ia menunjukkan pergerakan ke arah membongkar kebolehan yang terpendam. Warna kelabu yang hampir kepada warna perak menunjukkan kebangkitan tenaga kewanitaan. Ia juga tenaga dan kebolehan untuk iluminasi, intuisi dan daya imaginasi yang kreatif. Warna kelabu yang agak keruh menunjukkan ketidakseimbangan fizikal, istimewa kepada aura yang berdekatan pada bahagian badan. Ia juga menunjukkan, tiada satu kerja yang diberikan kepadanya yang tidak akan diselesaikan. Seorang yang mempunyai aura yang berwarna kelabu adalah seorang yang suka berahsia dan seorang yang suka bersendirian.

Warna Perang selalunya muncul dalam medan aura. Walau pun kebanyakan orang mengatakan perang sebagai hasil daripada ketidakseimbangan atau kurangnya tenaga, ini adalah tidak benar. Perang adalah warna bumi. Bila ia muncul pada kawasan atas kepala, ia akan mempengaruhi pembesaran yang baru. Aura perang yang melintasi muka atau kepala, menunjukkan keinginan untuk diskriminasi. Jika ia muncul di sekitar kawasan cakra, ia menunjukkan bahawa bahagian tesebut perlu dibersihkan. Warna perang susah untuk ditafsirkan, kerana ia senang mempengaruhi kawasan masaalah dalam fizikal.

Warna Hitam adalah satu warna yang amat mengelirukan dalam spektrum aura. Ada sesetengah pihak mengatakan bahawa jika aura hitam hadir dalam diri seseorang, ia menunjukkan kematian atau jangkitan penyakit yang berat. Saya mendapati, ia adalah tidak benar. Hitam adalah warna pelindungan. Ia adalah satu warna yang melindungi individu tertentu daripada tenaga luar. Bila melihat aura ini, menunjukkan individu tersebut melindungi dirinya sendiri. Ia juga menunjukkan yang individu tersebut seorang yang ada sesuatu rahsia. Tiada apa yang salah tentang itu. Warna hitam juga menunjukkan pemahaman mengenai bebanan dan pengorbanan akan terjadi akhirnya. Hitam juga menunjukkan ketidakseimbangan. Ketidakseimbangan fizikal ditentukan oleh hitamnya aura sesuatu kawasan tersebut. Seorang yang mempunyai aura hitam adalah mangsa penderaan kanak-kanak dan juga seorang pendera yang lazimnya seorang penagih dadah, penagih alkohol, penghisap rokok dan sebagainya.

Warna Perak berkilauan selalunya amat berkelip-kelip dan berwarna perak. Ia menunjukkan seorang yang terlalu kreatif. Jika hadirnya aura berwarna sebegini, ia sebagai penunjuk yang menandakan individu tersebut seorang yang terlalu kreatif.

Aura penyakit Penyakit : Kesan penyakit itu akan dapat dilihat menerusi aura seseorang yang sakit tersebut. Kesan pada aura akan dapat dilihat dalam beberapa cara.

Aura menjelang kematian

Kematian : Bila mana seseorang itu akan menghadapi saat-saat kematian, auranya akan berubah dengan agak drastik. Pertama sekali, auranya akan luntur warnanya dan kemudian seminggu atau sebelum kematiannya, auranya akan berkembang dan bertukar menjadi warna biru langit pucat bersama dengan percikan perak.

Aura percintaan Merah Jambu menunjukkan seseorang itu sedang dilamun cinta. Merah jambu yang terang menunjukan individu tersebut mencintai seseorang.
__________________


Aura dapat dilemahkan dengan:

1. Pemakanan yang tidak baik
2. Kurang bersenam
3. Kurang mendapat udara bersih, merokok.
4. Kurang rehat.
5. Tekanan atau stress
6. Dadah / alkohol
7. Tabiat yang kurang baik - Kesedaran haiwani yang menguasai diri.

Kita semua pernah berasa pincang atau keletihan bila berdepan dengan seseorang. Anda mungkin telah bercakap dengan seseorang melalui telefon atau berdepan dengannya, dan bila anda sudah habis bercakap, anda merasa keletihan. Perut anda berasa amat sakit dan sebagainya. Apa yang anda alami adalah tenaga yang kehabisan.

Sesetengah individu menyerap tenaga daripada seseorang. Kebanyakan perkara ini berlaku kerana individu yang terlibat tidak menyedarinya. Dalam banyak kes, mereka menggunakan tenaga anda untuk menambah tenaga mereka dari mereka membina tenaga mereka sendiri. Apa yang mereka sedari adalah apabila mereka selesai bercakap dengan anda, mereka berasa lega. Mereka tiada hak untuk mengambil tenaga anda. Bagaimana pun, anda sepatutnya tidak membenarkannya.

Ini tidak bermakna yang anda patut menyalahkan mereka menjadi seperti puntianak atau mengatakan yang anda tidak mahu bercakap dengan mereka lagi kerana mereka telah menyedut tenaga anda. Jika anda berbuat demikian, mereka akan berfikir yang anda tidak mahu lagi berkawan dengan mereka. Dalam kes tersebut, masalah anda akan selesai kerana mereka tidak mahu lagi berjumpa dengan anda. Kebanyakan manusia tidak dapat menerima tentang tenaga ini dan anda harus ingat bila berhadapan dengan mereka.

Adalah lebih mudah dengan hanya memperbaiki keadaan tanpa berkata sepatah pun tentang kejadian tersebut. Anda boleh mengawal samada seseorang itu berkongsi tenaga dengan anda atau tidak. Satu cara yang paling mudah adalah dengan menutup saluran tenaga anda. Terdapat arus tenaga yang mengalir dalam badan kita dan mengelilingi badan kita melalui medan aura. Kita boleh menutupnya supaya tenaga anda hanya melalui medan aura anda sahaja. Anda dapat mencegah tenaga anda dari diambil dan anda dapat mencegah aura anda dari memasuki orang lain.

Anda silangkan kaki anda pada buku lali dan rapatkan ibu jari dan jejari anda supaya bersentuhan. Ini dapat menutup aliran tenaga anda. Tenaga anda tidak akan dapat keluar dari badan anda.

Bila anda berjumpa dengan rakan anda yang dapat menyerap tenaga anda, lakukan seperti kelakuan di atas. Rehatkan tangan di atas pada riba anda, sentuh jejari anda dan silangkan buku lali anda. Ia adalah mudah dan tiada siapa yang mengesyaki anda. Anda juga boleh melakukan begini bila bercakap melalui telefon dengan mereka yang berkenaan.

Jika anda melakukan begini, anda akan mendapat kenyataan dari beberapa sahabat anda iaitu anda akan mendengar beberapa komen seperti, "Anda tidaklah seperamah mana." Anda masih boleh bercakap dengan mereka. Apa yang anda lakukan hanyalah tidak membenarkan mereka mengambil tenaga anda. Bila mereka tidak mendapat sesuatu yang tinggi dari kamu, mereka membuat kesimpulan yang sesuatu yang tidak kena telah berlaku.


2. PERNAFASAN MENGAKTIFKAN AURA

Dalam yoga, pernafasan bulan dinamakan Ida dan pernafasan matahari dinamakan Pinggala. Keseimbangan kedua-dua ini dinamakan Susumna. Tenaga mempunyai dua kutub iaitu positif dan negatif, lelaki dan wanita, matahari dan bulan. Teknik bernafas ini dengan cepat memberi tenaga pada aura dan menseimbangkan kutub badan. Ia juga meningkatkan kemampuan kita untuk mengingat dan mengasimilasikan maklumat. Ia menyeimbangkan hemisfera otak. Ia boleh digunakan sebelum belajar untuk memendekkan masa belajar. Ia juga boleh digunakan untuk membangkitkan kita. Pada dasarnya, teknik ini terbahagi kepada cara pernafasan, bernafas masuk melalui satu lubang dan menghembusnya keluar pada satu lubang hidung yang lain. Tumpukan pada hujung hidung. Caranya dengan memegang hidung dengan ibu jari dan jejari.

1. Mulakan dengan ibu jari kanan dan jejari atas hidung dan hembuskan nafas. Tempatkan lidah anda pada lelangit pada belakang gigi hadapan.

2. Gunakan ibu jari dan tutupkan lubang hidung sebelah kanan. Kemudian sedut nafas melalui lubang hidung sebelah kiri dengan mengira satu sampai empat.

3. Dengan menutup lubang hidung sebelah kanan, kepitkan jejari anda pada lubang hidung sebelah kiri. Tahan nafas dan bilang 1 sehingga 16. (Sekiranya anda tidak pernah melakukan mana-mana latihan pernafasan, kiraan 16 adalah terlalu lama buat anda. Dalam kes ini kurangkan kiraan atau pun kira dengan cepat. Dengan latihan yang tekun, anda akan dapat meningkatkan kemampuan untuk menahan nafas dalam jangkamasa yang cukup lama.)

4. Lepaskan ibu jari anda, buka lubang hidung sebelah kanan. Tutup lubang hidung sebelah kiri. Hembuskan nafas perlahan-lahan melalui lubang hidung sebelah kanan dengan kiraan lapan.

5. Lepaskan hidung, naikkan tangan kiri dan dengan ibu jari, tutupkan lubang hidung sebelah kiri. Hirup nafas melalui lubang hidung sebelah kanan dengan kiraan 4 dan kemudian kepitkan jejari anda untuk menutup lubang hidung sebelah kanan. Tahan nafasdengan kiraan 16.

6. Lepaskan ibu jari dan lubang hidung sebelah kiri. Terus kepitkan lubang hidung sebelah kanan. Hembuskan pada kiraan 8 dengan perlahan-lahan melalui lubang hidung sebelah kiri.

7. Ulang dengan 4 atau 5 pernafasan. Bernafas dengan satu lubang hidung, tahan dan hembus keluar pada lubang hidung yang sebelah lagi. Tukar pula pernafasan melalui lubang hidung yang berlainan. Ini dapat melegakan badan kita dan melegakan aura kita dengan mendapat tenaga yang cepat, walau pun ini merupakan pernafasan asas. Kaedah ini juga dapat membangkit aura yang terpendam. Kurang jelas? Hubungi kami.

(Kami Ada mengajar kaedah ini secara lanjuran secara on line / E mail. Bagi yang berminat, sila hubungi En. Hanafi)


3. MEMBERSIHKAN MEDAN AURA

Latihan ini adalah untuk membersihkan medan aura. Latihan ini sesuai untuk diamalkan pada penghujung hari, terutamanya selepas waktu anda telah menjumpai ramai orang. Ia menolong membersihkan serpihan tenaga, menghalang daripada ia menghasilkan satu ketidakseimbangan. Ia cuma mengambil masa lebih kurang 5 minit untuk menjadi berkesan.

1. Duduk dan amalkan posisi rehat. Jalankan teknik pernafasan. Anda juga boleh gunakan doa atau zikir. Ingatlah bahawa latihan ini adalah sebagai garis panduan dan anda seharusnya boleh mempelajarinya untuk menyesuaikannya dengan tenaga anda.

2. Kira-kira 20 kaki di atas anda, dalam fikiran anda, saksikan satu putaran api putih kristal mula membentuk. Ia kelihatan kecil, jadi bayangkan yang ia membesar untuk memasuki medan aura anda. Hujung api yang runcing itu perlu mampu untuk memasuki mahkota kepala anda dan terus memasuki tengah badan anda (Nadi Tengah).

3. Putaran api rohani ini sepatutnya berputar dan memusing arah jam. Bila putaran api itu menyentuh aura anda, lihatlah bagaimana ia menyedut dan membakar semua tenaga yang tersisa yang kita telah gunakan.

4. Lihat, rasa dan bayangkan putaran api itu masuk ke dalam aura dan badan anda. Anda perlu yakin yang ia menyapu semua medan tenaga anda.

5. Apabila ia bergerak dalam badan anda, benarkan tenaga itu keluar melalui kaki anda dan terus masuk ke dalam bumi. Lihat bagaimana tenaga ini digunakan bagi menyuburkan tanaman dan memberi faedah kepada hidupan dalam bumi. Kurang jelas ,hubungi En. Hanafi.


4. PEMBUKAAN CAKRA

Pembukaan Cakra merupakan proses terpenting dalam mempelajari Rawatan Aura dan Gelombang, karena melalui pembukaan cakra inilah kemampuan Aura dan Gelombang diperoleh. Pembukaan cakra dapat juga diilustrasikan sebagai proses tuning pada sebuah radio! Jika kita menekan butang "on" sebuah radio, maka pada umumnya kali pertama radio tersebut tidak dapat berfungsi, padahal di udara sangat banyak frekuensi yang dipancarkan oleh pemancar-pemancar radio. Hal ini disebabkan frekuensi dari radio tersebut sebagai penerima belum ditune. Jika kita selaraskan tombol tuning dengan tepat, maka kita dapat memperoleh siaran yang kita inginkan. Pembukaan cakra dapat diartikan secara mudah sebagai suatu proses penyelarasan, di mana melalui suatu ritual tertentu, seorang Master dalam rawatan Aura / Gelombang ini akan menyelaraskan lintasan getaran gelombang tenaga internal seseorang.

Jika kita kembali ke ilustrasi mengenai radio, maka selanjutnya jika kita telah melakukan "tuning" dengan baik, maka seharusnya adakah siaran yang kita harapkan akan segera terdengar? Ya! Siaran dari pemancar akan terdengar dengan baik, jika radio tersebut memiliki kabel-kabel dan speaker yang baik. Jika speakernya sudah pecah, atau kabelnya tidak tersambung dengan baik, maka suara yang terdengar pun tidak akan baik!.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar